Wednesday, 3 October 2012

Cara Pengambilan Makanan Semasa Berdiet Dengan SD2

Assalammualaikum. Hai!

Dah kenal apa itu SD2? Dah tahu cara2 nak minum SD2?

Ok, sekarang kita lihat apa yang boleh / tidak boleh dimakan semasa berdiet dengan SD2 ni.

Semasa berdiet dengan SD2 kita tidak boleh mengambil makanan berkabohidrat tetapi mesti makan makanan berprotin. SD2 adalah makanan tambahan/'meal supplement' di mana kita perlu makan tanpa meninggalkan rutin pemakanan harian. Best kan? Sebab tu, semasa kita menjalani program ini kita tidak akan merasa letih dan lesu sebaliknya ia akan memberi kita tenaga walaupun proses pembakaran lemak terjadi.

Apa makanan yang boleh dimakan/tidak ni?

AMALKAN MAKAN;

* Sayur-sayuran
- semua jenis sayuran hijau seperti pucuk paku, pucuk ubi, kacang buncis, kangkung, petola, kacang panjang, salad, asparagus, lobak merah (dimakan mentah), bayam, sawi, brokoli, tomato, timun, taugeh, kailan, kobis, bendi, kacang botol  dan lain2.

* Makanan Berasaskan Protin
- ayam, daging, ikan, udang, tiram, soya, tempe, keju (2 eping 1 hari), telur, ketam, udang galah.
- kurangkan pengambilan sotong dan kerang.

* Minum air lapan gelas (2 liter) atau lebih sehari.


ELAKKAN MAKAN;

# Makanan Berkabohidrat & Bergula
- nasi, makanan berasaskan tepung (kek, biskut, kuih-muih), spageti, roti, bijirin, mee, bihun, kuey tiaw, kentang, laksa, makanan segera, buah-buahan, bebola ikan, bebola sotong.  

# Minuman bergula, berkabohidrat & berkafein
- kopi, teh, milo, minuman bergas, minuman dalam tin dan lain2.


Penting - Maksimum kabohidrat yang boleh diambil sehari adalah 35gm sahaja

Tak susah kan nak berdiet dengan SD2. Masih banyak makanan lagi yang kita boleh makan seperti KFC, nugget, chicken chop, tomyam, ayam panggang, telur bistik dan macam-macam lagi la...

Selamat Berdiet Tanpa Berlapar!




No comments:

Post a Comment